Iklaniaga Malaysia Free Classifieds

Pengiklanan Ekstra di Iklaniaga Classifieds

Iklaniaga.com menjemput pengguna yang berminat untuk melanggan ruangan pengiklanan berbayar kami. Pengiklanan berbayar akan memberi lebih pendedahan dan kejayaan kepada promosi pengiklanan anda. Bayaran yang dikenakan adalah amat berpatutan kerana iklaniaga.com amat memahami hasrat dan keperluan para usahawan online di Malaysia. Kategori dan harga iklan adalah seperti berikut:

 

Iklan Hot (RM15.00)

Iklan hot adalah iklan percuma yang anda telah poskan terlebih dahulu dan kemudian dinaik taraf kepada iklan hot. Apabila dinaik taraf kepada iklan hot, iklan anda akan sentiasa dapat dilihat di muka hadapan dan lain-lain tempat seperti berikut sehingga tamat tempoh langganan:

1. Ruangan Iklan Paling Hot di halaman utama sebelah kiri paling atas.
2. Ruangan Top Hot Ads di ruangan tengah halaman utama bersama keterangan ringkas dan gambar.
3. Halaman khas Featured Classified Ads. Halaman ini boleh diakses terus oleh pengguna apabila mereka klik butang Featured Ads di menu utama.
4. Pada halaman Browse Ads. Iklan anda akan dipaparkan bersama senarai folder kategori apabila pengguna klik pada senarai kategori yang ada iklan anda.
5. Di atas iklan-iklan lain dalam kategori yang sama dengan iklan anda apabila pengguna ingin melihat senarai-senarai iklan mengikut kategori.

 

Iklan Premium (RM10.00)

Iklan premium adalah juga merupakan iklan yang telah anda poskan terlebih dahulu sebagai iklan percuma dan kemudiannya dinaik taraf kepada Iklan Premium. Apabila dinaik taraf kepada iklan premium, iklan anda akan sentiasa berada di muka hadapan di tempat berikut:

1. Ruangan Iklan Premium di halaman utama sebelah kiri di atas Iklan Terbaru
2. Ruangan Premium Ads di ruangan tengah halaman utama berserta dengan gambar.
(kami sengaja memberikan nama yang berlainan untuk setiap ruangan walaupun mempunyai maksud yang sama untuk mudah dibezakan)

 

Iklan Top Banner [rotation] (RM10.00)

Iklan Top Banner ialah iklan banner bersaiz 468x60  akan dipaparkan secara bertukar-ganti di ruangan header (bahagian paling atas sebelah kanan setiap halaman). Walaupun banner ini dipaparkan secara bertukar ganti dengan banner pengguna lain, ia juga memberikan pendedahan yang baik kerana dipaparkan pada setiap halaman iklan Iklaniaga.com.

 

Iklan Right Banner [full time display] (RM15.00)

Iklan di ruangan Right Banner ialah iklan banner bersaiz 180x60 yang akan dipaparkan sepanjang masa sehingga tamat tempoh langganan. Ia merupakan pendedahan yang sangat baik untuk pengiklanan anda kerana bersifat attractive dan senang dilihat serta dipaparkan di setiap halaman iklan Iklaniaga.com termasuk ruangan forum.

 

Cara Tempahan

Iklan Hot dan Iklan Premium

Untuk membuat tempahan iklan hot atau iklan premium pihak kami perlu mengetahui iklan mana yang ingin anda aktifkan. Untuk itu anda perlu memaklumkan kepada kami url (alamat) iklan anda di iklaniaga.com. Caranya mudah sahaja - anda perlu klik tajuk iklan anda (seperti ketika anda ingin membaca keterangan iklan), lihat di bahagian paling atas browser web anda dan anda akan nampak bahagian yang memaparkan alamat (url) laman web. Copy alamat tersebut, contohnya http://www.iklaniaga.com/viewad.asp?id=50173781519100001 dan hantarkan bersama-sama dengan maklumat bayaran (nama bank penerima, tarikh bayaran dan masa bayaran) kepada Admin (admin@iklaniaga.com) dengan tajuk TEMPAHAN IKLAN HOT atau TEMPAHAN IKLAN PREMIUM.

 

Iklan banner

Perkhidmatan iklan banner Iklaniaga.com disediakan melalui Iklanetwork.com. Untuk menghantar iklan banner anda perlu mendaftar sebagai pengiklan (advertiser) di Iklanetwork.com. Selepas mendaftar dan membuat bayaran serta login di akaun Iklanetwork, anda boleh memasukkan banner anda di Iklaniaga melalui laman web Iklanetwork.com. Anda boleh membuat bayaran serendah RM10.00 di Iklanetwork. Klik di sini untuk mendaftar di Iklanetwork.com.

*Minimum tempahan semua jenis iklan adalah sebulan (30 hari)

 

Cara Bayaran

Untuk tempahan Iklan Hot dan Iklan Premium, bayaran boleh dibuat ke dalam salah satu akaun di bawah:

 

Bank No. Akaun Nama
Maybank 162393729293 Yusri bin Dahaman
CIMB Bank 12210070900523 Yusri bin Dahaman
Bank Islam 08068020066627 Yusri bin Dahaman

 Bayaran dengan kad kredit boleh dibuat melalui Paypal (pilih jenis iklan dan klik butang Pay Now)

Iklaniaga.com: Jenis Iklan

Pengesahan Bayaran

Pembayaran ke dalam akaun bank memerlukan anda menghantar pengesahan bayaran kepada admin. Pengesahan bayaran mestilah mempunyai nama pengiklan, nama bank penerima (admin) serta tarikh dan masa transaksi yang tepat supaya semakan dapat dibuat. Gambar screenshot, gambar scan, gambar dari telefon bimbit yang jelas atau copy & paste transaksi online boleh diterima untuk tujuan ini. Sila hantarkan maklumat pengesahan bayarn ini bersama dengan tempahan anda kepada admin@iklaniaga.com